Kod Jenayah Hak_LGBT_di_Malaysia

Malaysia mengekalkan kod jenayah liwat (dan juga seks oral), ditakrifkan secara luas untuk merangkumi tindakan heteroseksual dan homoseksual, dengan hukuman termasuk denda, hukuman penjara yang lama dan hukuman sebatan. Sebuah ayat dari kod jenayah, juga memberikan hukuman tambahan untuk orang yang dihukum kerana, "ketidaksenonohan dengan lelaki lain".[1] Selain undang-undang sivil, warga Muslim juga mungkin didakwa di makhamah Syariah.[2]

Pada tahun 1994, kerajaan melarang sesiapa sahaja yang homoseksual muncul di media massa .[3]

Pada tahun 2001 bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyatakan bahawa negara akan mengusir setiap menteri kabinet asing atau diplomat yang gay.[4] Mohamad juga memberi amaran menteri gay di negara-negara asing untuk tidak membawa pasangan mereka saat mengunjungi negara ini.[5] Anak perempuan Mahathir, Marina Mahathir, menyeru mengakhiri diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.[6]

Pada tahun 2005 Tentera Laut Diraja (TLDM) menyatakan bahawa TLDM tidak menerima golongan homoseksual.[7]

Pada 2010, Lembaga Penapisan Filem mengumumkan hanya membenarkan penggunaan watak homoseksual asalkan watak meninggal dunia atau menjadi heteroseksual.[8]